Subuh masuk pukul 5:51 pagi. SPIKAR luar masjid baru berhenti drpd berbunyi lepas jam 6:30 pagi. Waktu mana jiran² masjid dpt solat fardu Subuh di rumah masing² tanpa diganggu oleh SPIKAR yg disalahguna itu ⁉️
(Tarikh 2026.05.23 – Sabtu)
Assalamualaikum w.w.
Aku bukanlah individu yang ‘alim. Tapi taklah sampai tak mampu nak memahami prinsip² penting dalam hidup di negeri sendiri. Prinsip yang paling asas dalam hidup ialah “JANGAN menyusahkan sesiapa”. Lebih-lebih lagi menyusahkan orang yang sedang beribadat.
Video di atas membuktikan bahawa pihak masjid telah menyusahkan aku sebagai salah seorang daripada anak-anak qariahnya. Sebab apa aku kata begitu ? Sebab, bunyi SPIKAR masjid itu, menyusahkan aku untuk mendapat khusyu‘ dalam solat-solat aku di rumah sendiri.
Aku yakin bahawa selain daripada aku ada lagi anak-anak qariah lain yang juga turut merasai sama macam apa yang aku rasai. Cuma depa malas saja kot nak bersuara. Mungkin juga depa lebih rela “suffer in silence” daripada tewas dalam menegakkan keadilan. Itu hak masing-masing. Tak perlu pun aku nak pertikaikan.
Untuk makluman hangpa semua, hari Ahad yang baru lepas (2026.05.17), aku sampai lewat di masjid itu bagi menghadiri Mesyuarat Agong Qariah. Kebetulan masa aku sampai ke mesyuarat itu, depa baru nak putuskan samada SPIKAR luar masjid nak dihadkan bagi AZAN dan IQAMAH saja ataupun tidak. Keputusan yang nak dibuat itu adalah berdasarkan undi majoriti dalam mesyuarat tersebut nanti.
Bagi aku, itu satu penyalahgunaan mesyuarat oleh AJK Qariah Masjid. Lalu aku pun cepat-cepat mencelah. Aku minta sikit masa untuk menjelaskan sikit tentang FATWA mengenai penggunaan SPIKAR luar di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang.
Bukan saja permintaan aku itu dikeciwakan, malah aku diheret keluar dari dewan masjid dimana mesyuarat itu diadakan. Kata orang, aku ni ibarat, “sudah jatuh, ditimpa tangga”. Kalau sampai macam tu sekali semangat AJK nak mempertahankan aktiviti dakwah tradisional depa itu, tak berbaloi aku nak bertengkar dengan depa. Jadi, aku pun balik ke rumah dengan berlapang dada.
Tak rugi juga aku hadir dalam Mesyuarat Agong Qariah Masjid pagi itu. Walaupun aku TAK dibenarkan bercakap apa-apa pun, namun sekurang-kurang aku dapat juga “wangpau” berikut :
Dulu-dulu, mana dapat wangpau di mana-mana mesyuarat NGO. Lebih-lebih lagi di mesyuarat Qariah Masjid. Yang bagi wangpau hanya di mesyuarat-mesyuarat koperasi saja.
Tujuannya hanya sebagai SUBSIDI kepada kos perjalanan ahli-ahli yang tinggal jauh daripada lokasi mesyuarat. Entahlah kot budaya baru dalam era Madani ini, semua mesyuarat bagi SUBSIDI. Ada ramai kot anak-anak qariah yang tinggal di Alok Setaq hadir dalam mesyuarat pagi tu, wallahua’lam.
FATWA wajib dipatuhi.
Sebenarnya, apa yang aku cuba nak cakap dalam Mesyuarat Agong Qariah pada Ahad lepas tu ialah tentang video berikut.
Bagi aku, kalau dah ada FATWA yang melarang penggunaan SPIKAR luar di masjid-masjid dan surau-surau, maka setiap institusi Islam tersebut kenalah mematuhinya. AJK setiap institusi berkenaan kenalah menyampaikan dan menjelaskan maksud tersurat dan tersirat FATWA itu kepada seluruh anak-anak qariah masing-masing.
Tanpa menyampaikan FATWA tersebut, mungkin boleh dikira sebagai termasuk ke dalam kategori “mendusta”. Samada kerana menafikan tentang kewujudan FATWA tersebut, ataupun menafikan keabsahannya sebagai sebuah FATWA yang sah disisi syariat. Ada ayat Quran yang melarang umat Islam daripada mentaati pendusta. QS: 68 A: 8
Biarlah aku bersangka positif
Berdasarkan pemerhatian aku, bukan AJK Qariah Masjid kampung aku tu saja yang tak faham konsep FATWA. Masjid-masjid lain pun ada juga yang sama macam tu. Sebab tak fahamlah maka depa ingat kuasa majoriti boleh membatalkan sesebuah FATWA.
Majoriti ikut definasi depa pula, ialah majoriti undi dalam Mesyuarat Agong Qariah itu. Kalau majoriti daripada seluruh jumlah bilangan anak-anak qariah agak munasabahlah juga. Tapi kalau takat majoriti dalam mesyuarat tersebut saja memang tak rasional.
Kalau majoriti yang hadir mesyuarat pagi Ahad itu adalah orang kuat Pengerusi belaka, maka sudah tentulah keputusan yang dicapai akan berpihak kepada kehendak Pengerusi. Cuba buat pungutan suara terhadap seluruh anak-anak qariah termasuk non Muslim yangmana bunyi SPIKAR masjid boleh sampai ke rumah depa.
Aku yakin penuh bahawa, majoriti besar daripada seluruh anak-anak qariah itu lebih sokong FATWA daripada kehendak Pengerusi dan AJK Qariah. Malah jika aku diberi peluang menerangkan tentang FATWA itu sebelum pengundian dijalankan dalam Mesyuarat Agong Qariah pagi itu, aku YAKIN bahawa majoriti daripada yang hadir mesyuarat pagi tu pun akan menerima FATWA, bukan sebaliknya.
Malangnya, majoriti yang telah mengundi dalam mesyuarat itu adalah berfahaman salah tentang FATWA. Kerana tidak diberi keterangan yang jelas tentang FATWA maka depa ingat setiap FATWA itu tertakluk kepada keputusan AJK Qariah Masjid berkenaan. Kalau ia diluluskan oleh AJk Masjid maka barulah ia sah untuk diterima pakai. Malah ia juga dianggap tertakluk kepada prosidur undang-undang dimana FATWA dianggap tidak laku (illegitimate) selagi tidak diwartakan (di-gazzet).
Sedangkan pada hakikat sebenarnya, samada FATWA berkenaan sudah di-gazzet ataupun belum, ia tetap wajib dipatuhi oleh umat Islam di dalam negari atau jajahan berkenaan. Mencabar FATWA adalah berDOSA walaupun dengan cara menyanggahnya maupun mengabaikannya.
FATWA selaras dgn kanon kesiksaan
Seyugia ditegaskan bahawa, FATWA itu tidak bercanggah dengan seksyen 268 & 290 Kanon Kesiksaan. Kanon itu melarang daripada mengganggu ketenteraman awam. Malah sebaliknya FATWA itu mewajibkan umat Islam mematuhi kanon tersebut. FATWA yang melarang penggunaan SPIKAR luar di masjid dan surau itu adalah sangat objektif. Oleh itu memahaminya sangatlah mudah. Begitulah juga mematuhinya.
Aku sangat hairan mengapa ada masjid dan surau yang merasa seolah-olah tidak mematuhi FATWA itu adalah lebih selamat daripada mematuhinya. Adakah kerana bimbang akan hilang jawatan jika mamatuhi FATWA itu. Tapi Aku rasa, realitinya ialah sebaliknya. Anak-anak qariah akan menolak AJK bila depa dapat tahu nanti bahawa AJK telah mendustakan FATWA.
Fatwa memperbaiki imej Islam
Aku penuh yakin bahawa, non Muslim (orang belum Islam) akan lebih tertarik kepada Islam jika hidup mereka tak diganggu oleh aktiviti-aktiviti umat Islam. Sedangkan apa yang dipraktikkan oleh umat Islam itu tak semuanya patuh syarie.
Penyalahgunaan SPIKAR luar masjid selain untuk AZAN dan IQAMAH adalah antara perbuatan yang tidak patuh syarie. Perlakuan yang tidak patuh syarie bukan saja berDOSA malah tidak mambawa berkat. Ia juga mengundang FITNAH dari nom Muslim terhadap Agama Islam, bukan saja terhadap depa yang mempraktikkan Islam secara salah itu.
Wallahua’lam 🇲🇾📚
Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com
.


