Jimatilah air wudhu’ !

Video di atas itu sebagai HIASAN sahaja. i.e. tidak relevan dgn isu yg dibincangkan dlm PenCERAHan ini. (Ia dirakam dari Masjid Terapung di Tanjung Bungah, Pulau Mutiara)

(Tanggal 2026.09.27- Ahad)

🇲🇾 Selepas menonton video di atas, kita patut sedar betapa besarnya nilai air. Air diperlukan bukan saja oleh manusia tetapi juga oleh tumbuh-tumbuhan. Dengan kata lain, tanpa air manusia dan pokok tidak akan dapat hidup.

Justeru itu, Allah menyuruh kita menghargai air dengan sewajarnya. Dengan kata lain, kita dilarang daripada membazir air. Walaupun untuk berwudhu’ kita masih disuruh menjimatkan air. Allah menjanjikan pahala bagi yang melakukan penjimatan tersebut.

Daripada hadith di atas kita boleh kiaskan dengan pembaziran yang sering kita lakukan keatas air setiap hari. Kalau untuk berwudhu’ pun kita dilarang daripada membazir air, betapa pula untuk penggunaan lain.

Malangnya larangan keatas pembaziran air nampaknya tidak cukup berkesan terhadap majoriti umat Islam. Akibatnya, pembaziran air yang ketara terus dilakukan oleh umat Islam ketika berwudhu. Terutamanya di rumah-rumah Allah. Seolah-olah tak ada rasa bersalah apa-apa pun,  membazir air ketika berwudhu’.

Contoh kaedah larangan membazir air

Notis dlm video di bawah ini adalah baik. Ini kerana tujuannya untuk menasihati kita agar tidak membazir air ketika berwudhu’.  Ia sejajar dengan maksud hadith di atas yg menuntut supaya semua umat Islam mempraktikkannya.

Video di atas tu Acik rakam di sebuah masjid di Lembah Kelang. Soalan Acik ialah, setakat manakah keberkesanan notis tersebut ke atas umat Islam amnya dan jemaah masjid tersebut khususnya ⁉️

Pada pengamatan Acik, pembaziran air wudhu’ yang paling banyak berlaku ialah ketika pengambil wudhu’ sedang berkumur, membasuh muka, rambut dan telinga. Ketika ini air yang sedang memancut keluar dari kepala paip tersia-sia begitu sahaja. Yakni, air yang keluar itu tidak menyentuh langsung anggota wudhu’.

Oleh itu, di sini sukalah Acik cadangkan supaya bekas-bekas air disediakan bagi penggunaan pengambil wudhu’. Air yang nak digunakan untuk berwudhu’ hendaklah ditadah terlebih dahulu ke dalam bekas tersebut. Kemudian barulah air yang dalam bekas itu digunakan untuk membasuh anggota wudhu’. Bukannya air yang keluar secara direct daripada kepala paip.

Kalau tak mampu nak menyediakan bekas yang mahal, botol air mineral kosong pun jadilah. Contohnya seperti dalam gambar di atas. Tapi kalau bekas yang menarik yang disediakan, maka itu tentulah lebih baik. Mudah-mudahan ia akan membuat penggunanya tak lupa akan pengalamannya mengguna bekas tersebut.

.

Sekadar membasuh kaki, tak pa lah  jika tidak menggunakan bekas air pun.

Kaedah berwudhu’ dgn air kolah.

Bagi Acik, lebih baiklah jika masjid-masjid dan surau-surau ikut saja kaedah traditional, yakni sistem kolah. Sebagai contoh sistem kolah, ialah sepertimana yang dipasang di Masjid Terapung, di Pulau Mutiara itu.  Sila rujuk gambar di kaki PenCERAHan ini.

Wallahua’lam 🌺⏰

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Ini ialah sistem kolah yg dipraktikkan di Masjid Terapung, Tanjung Bungah, Pulau Mutiara (Pinang). Sistem ini menjmatkan air wudhu’ dgn sangat ketara.

Leave a comment