Segala kerja baik disuruh oleh Allah. Tapi yg mensyirikkanNya sama sekali ditegah. Justeru itu, wajiblah bertaubat sebelum terlambat (mati). Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima taubat.
(Tanggal 2026.10.16 – Jumaat)
🇲🇾 A s s a l a m u a l a i k u m wbt ❗
Sesuatu itu dinilai oleh Allah S.W.T itu adalah berdasarkan dua perkara. Pertama niat. Ke-dua hukum yang ditetapkan keatas perkara tersebut.
Contohnya niat berpuasa sunat. Maka berpuasa yang dilakukan itu adalah baik disisi Allah. Tanpa niat maka sia-sialah puasa itu kerana tidak berpahala. Namun, ibadat puasa itu dilarang melakukannya pada hari-hari tertentu. Misalnya pada hari Raya Puasa (Aidulfitri) dan hari Raya Haji (Aiduladhar).
Jadi, ibadat puasa (berpahala) yang baik itu menjadi sebaliknya (berdosa) jika dikerjakan pada hari-hari raya tersebut. Begitulah jua dengan kerja-kerja lain yang baik sifatnya, tapi ditegah Allah keatas umat Islam daripada melakukannya.
Aktiviti kebajikan seperti yang diviralkan melalui video di atas itu adalah termasuk kerja-kerja yang ditegah Allah. Umat Islam yang melakukannya adalah atas sebab kejahilan. Kalau tidak jahil maka adalah kufur (engkar) kepada Allah.
Antara jahil dan kufur
Jahil bererti tiada pengetahuan tentang sesuatu. Ataupun pengetahuan berkenaan sesuatu itu adalah salah. Kalau tiada ada langsung pengetahuan mengenai perkara itu, ia dikatakan jahil basik. Tapi kalau pengetahuan mengenai perkara itu salah, maka ia adalah jahil murakap.
Satu contoh, si jahil basik ialah ia yang tidak tahu bahawa sungai itu ada penjaganya. Manakala si jahil murakap pula, ialah ia yang mendakwa bahawa yang menjaga sungai ialah Jabatan Pertanian.
Mujurlah kalau seseorang individu itu si jahil basik. Kerana, beliau mudah menerima pengetahuan yang baru baginya tentang sesuatu. Sebaliknya si jahil murakap pula ialah ia yang agak susah menerima teguran daripada pihak yang cuba membetulkan pengetahuannya atau pemahamannya yang salah itu.
Berkaitan dengan Muslim yang terlibat dengan aktiviti mencuci kuil Hindu yang diviralkan melalui video di atas, mujur-mujur semuanya adalah jahil basik. Maksud Acik ialah mereka tidak (belum) tahu bahawa “kebaikan” yang mereka lakukan itu ada hukum negatifnya disisi agama Islam.
Bagi mereka yang jahil basik itu, mudah saja solusinya. Yakni, menyesal melakukan “kebajikan” tersebut setelah ditegori dan bertaubat nasuha. Manakala bagi yang jahil murakap solusinya agak rumit. Maklum sajalah, sejak sekian lama mereka yakin penuh bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah “kebajikan” yang digalakkan keatas umat Islam sejagat.
Namun, kumpulan yang lebih teruk adakah Muslim yang kufur. Yakin yang tahu bahawa Islam melarang umatnya terlibat dengan aktiviti berkenaan, tapi masih juga melakukannya. Sedang kesalahannya itu menyebabkan dosa besar yang tidak diampunkan Allah melainkan dengan bertaubat. Nauzubillah !!.
Reaksi ‘alim ulama Msia
Video berikut adalah reaksi salah seorang daripada ulama-ulama Malaysia terhadap aktiviti membersih kuil Hindu berkenaan. Semoga nasihat beliau itu difahami dan diterimapakai oleh umat Islam di Malaysia amnya. Dan khususnya oleh semua individu yang berkenaan, demi keselamatan diri masing-masing daripada api neraka, di Akhirat nanti.
Wallahua’lam 🏵️⏰
PenCERAHan yg relevan ⬇️
Agama: muhibah atau akidah !
https://daulatmsians.wordpress.com/2023/02/06/agama-muhibbah-atau-akidah/
Pulang kepadaNya
https://imamlazim.com/2026/10/14/pulang-kepadanya/
Masjid wajib patuhi fatwa
https://beimamlazim.wordpress.com/2026/02/04/masjid-wajib-patuhi-fatwa-2/
PenCERAHan yg popular ⬇️
Teknologi Ai
https://shalled.wordpress.com/2026/10/12/teknologi-ai/
PRU16 yg segera baik utk negara
https://racismblog2.wordpress.com/2025/09/12/pru16-yg-segera-baik-utk-negara/
Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com
.

One thought on “Kerja sia-sia, bahkan berdosa”