Kalian a.l. wakil Rakyat !

Ada orang yang, sebelum berkuasa wajahnya putih bersih. Namun, setelah berkuasa wajahnya hitam legam.

(Terbitan 2026.11.11 – Rabu)

🇲🇾 Video di atas adalah cerita pendek yang simbolik bagi menggambarkan wakil-wakil rakyat yang telah lupa diri. Sebelum diangkat menjadi pemimpin oleh majoriti rakyat, mereka melakukan pelbagai usaha untuk memenangi hati majoriti rakyat. Biasanya dengan menabur bermacam macam janji manis lagi mempesonakan.

Namun apabila sudah diberi kuasa oleh majoriti rakyat, maka mereka lupa segala janji-janji mereka itu. Sebaliknya mereka lebih utamakan minoriti rakyat yang boleh menguntungkan mereka.

Mereka bersekongkol dengan pemilik-pemilik modal (capitalists) yang menjana keuntungan besar. Sedangkan majoriti rakyat terpaksa menjadi pelanggan-pelanggan setia bagi golongan kapitalis berkenaan. Misalnya syarikat–syarikat telco yang dimiliki puak-puak kapitalis.

Situasi ini wajar diubah. Oleh sebab yang memberi mandat kepada pihak-pihak yang berkuasa adalah rakyat, maka siapa lagi yang berkuasa mengambil balik mandat tersebut kalau bukan rakyat sendiri.

Justeru itu seluruh rakyat kena bersatu hati, bangun bagi merampas kembali mandat tersebut daripada pemimpin-peminpin negara yang gagal berfungsi sebagai wakil mereka.

Wallahua’lam 🇲🇾⏰

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PMx perlu berjiwa besar
https://racismblog2.wordpress.com/2025/08/14/pmx-perlu-berjiwa-besar/

PRU16 yg segera baik utk negara
https://racismblog2.wordpress.com/2025/09/12/pru16-yg-segera-baik-utk-negara/

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Cameron Highlands dibanjiri pengunjung
https://shalled.wordpress.com/2026/11/07/cameron-highlands-dibanjiri-pengunjung/

Masjid wajib patuhi fatwa
https://beimamlazim.wordpress.com/2026/02/04/masjid-wajib-patuhi-fatwa-2/

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Ye Ke ?

Leave a Reply