Bersalaman dgn sama jantina tidaklah salah, malah digalakkan. Sebaliknya, bersalaman dgn lain jantina yg bukan mahram, itulah yg haram β
(Tanggal 2026.11.24 – Selasa)
π²πΎ Video di atas mengingatkan Acik satu insiden yang pernah berlaku depan mata kepala Acik sendiri. Ia berlaku hampir 40 tahun yang lalu. Kalau tak silap Acik dalam tahun 1988. Masa tu Acik masih berkhidmat dengan MTIB sebagai seorang Penolong Pengarah.
Tahun 1988 adalah tahun bersejarah buat Malaysia. Buat pertama kali Sukan Komonwel (SUKOM) diadakan di Malaysia. Bersempena dengan aktiviti sukan tersebut, pameran atau “exhibition“juga diadakan. Ia bagi mempromosikan Malaysia di peringkat global.
PWTC (Putra World Trade Centre) menjadi tempat utama bagi bermacam-macam pameran atau “exhibition” . Samada pameran di peringkat national, maupun bertaraf antara bangsa. MTIB adalah antara agensi kerajaan yang menyertai pameran tersebut.
Kebetulan, ketika Acik bertugas menjaga “gerai pameran” MTIB, Perdana Menteri Pakistan datang melawat pameran tersebut. Beliau singgah di gerai MTIB. Seorang pertugas yang berada di gerai itu menghulurkan tangannya kepada PM Pakistan tersebut.
Rupa-rupanya apa yang telah terjadi ialah, “hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong“. Yang menyambut tangan tersebut bukannya PM Pakistan itu, tapi pengiring kanan beliau. Kenapa jadi begitu ?
Jawapannya ialah PM Pakistan itu adalah seorang wanita Islam. Sedangkan yang menghulur tangan kepada beliau itu ialah seorang lelaki yg bukan mahramnya. Ini satu insiden yang patut menjadi IKTIBAR kepada umat Islam semua. Bukan kepada Muslim di Malaysia saja, bahkan di seluruh dunia.
PM negara Pakistan itu merupakan PM wanita yang pertama bagi negara Islam Pakistan. Kalau beliau boleh mengelak daripada bersalaman dengan bukan mahramnya, kenapa PM kita pula tidak boleh ya ?
Kata peribahasa Melayu, “kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu daleh”. Tapi Acik lebih suka baca, “kalau hendak seribu BOLEH ; tak nak seribu DALEH”.
Bagi Acik, perkara yang Allah kata “JANGAN !” tak usahlah bersusah payah mencari alasan (DALEH) untuk melakukannya juga. Sabaliknya, lebih mudah tidak melakukannya sambil bertawakal kepada Allah tentang hasil atau akibatnya. Tindakan kita yang patuhi syarie itu, insyaAllah akan mencetuskan kesan positif kepada kedua-dua belah pihak.
Wallahua’lam π²πΎβ°
PenCERAHan yg relevan β¬οΈ
Galakan berjabat tangan
https://shalled.wordpress.com/2026/05/15/galakan-berjabat-tangan-2/
PenCERAHan yg popular β¬οΈ
Anwar dirayu undur dgn jujur
https://wp.me/p2OtRW-39
PMx perlu berjiwa besar
https://racismblog2.wordpress.com/2025/08/14/pmx-perlu-berjiwa-besar/
PRU16 yg segera baik utk negara
https://racismblog2.wordpress.com/2025/09/12/pru16-yg-segera-baik-utk-negara/
.
Blog utama β¬οΈ http://www.4uni2c.com

Tindakan pemimpin yg engkar, menjadi ikutan bagi pentaksubnya yg tegar.
