Akibat FATWA didusta

Subuh masuk pukul 5:51 pagi. SPIKAR luar masjid baru berhenti drpd berbunyi lepas jam 6:30 pagi. Waktu mana jiran² masjid dpt solat fardu di rumah masing² tanpa diganggu oleh SPIKAR yg disalahguna itu ⁉️

(Tarikh 2026.05.22 – Jumaat)

Assalamualaikum w.w.

Aku bukanlah individu yang ‘alim. Tapi taklah sampai tak mampu nak memahami prinsip² penting dalam hidup di negeri sendiri. Prinsip yang paling asas dalam hidup ialah “JANGAN menyusahkan sesiapa”. Lebih-lebih lagi menyusahkan orang yang sedang beribadat.

Video di atas membuktikan bahawa pihak masjid telah menyusahkan aku sebagai salah seorang daripada ahli-ahli qariahnya. Sebab apa aku kata begitu ?  Sebab, bunyi SPIKAR masjid itu, menyusahkan aku untuk mendapat khusyu’ dalam solat-solat aku di rumah sendiri.

Aku yakin bahawa selain daripada aku ada lagi ahli-ahli qariah lain yang juga turut merasai sama macam apa yang aku rasai. Cuma depa malas saja kot nak bersuara. Mungkin juga depa lebih rela “suffer in silence” daripada tewas dalam menegakkan keadilan. Itu hak masing-masing. Tak perlu pun aku nak pertikaikan.

Untuk makluman hangpa semua, hari Ahad yang baru lepas, aku sampai lewat di masjid itu bagi menghadiri Mesyuarat Agong Qariah. Kebetulan masa aku sampai ke mesyuarat itu, depa baru nak putuskan samada SPIKAR luar masjid nak dihadkan bagi AZAN dan IQAMAH saja ataupun tidak. Keputusan yang nak dibuat itu adalah berdasarkan undi majoriti dalam mesyuarat tersebut nanti.

Bagi aku, itu satu penyalahgunaan mesyuarat oleh AJK Qariah Masjid. Lalu aku pun cepat-cepat mencelah. Aku minta sikit masa untuk menjelaskan sikit tentang FATWA mengenai penggunaan SPIKAR luar di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang.

Bukan saja permintaan aku itu dikecewakan, malah aku diheret keluar dari dewan masjid dimana mesyuarat itu diadakan. Kata orang, aku ibarat,  “sudah jatuh, ditimpa tangga”. Kalau sampai macam tu sekali semangat AJK nak mempertahankan aktiviti dakwah  tradisional depa itu, tak berbaloi aku nak pi bertengkar dengan depa. Jadi, aku pun balik ke rumah dengan berlapang dada.

Tak rugi juga aku hadir dalam Mesyuarat Agong Qariah Masjid pagi itu. Tak dibenar bercakap apa-apa pun, sekurang-kurang aku dapat juga “wangpau” berikut :

Dulu-dulu, mana dapat wangpau di mana-mana mesyuarat NGO termasuk mesyuarat Qariah Masjid. Yang bagi wangpau hanya mesyuarat-mesyuarat koperasi saja. Tujuannya hanya sebagai SUBSIDI kepada kos perjalanan ahli-ahli yang tinggal jauh daripada lokasi mesyuarat. Entahlah kot budaya baru dalam era Madani ini, semua mesyuarat bagi SUBSIDI.

FATWA wajib dipatuhi.

Sebenarnya, apa yang aku cuba nak cakap dalam Mesyuarat Agong Qariah pada Ahad lepas ialah tentang video berikut.

Bagi aku, kalau dah ada FATWA yang melarang penggunaan SPIKAR luar oleh masjid-masjid dan surau-surau, maka setiap institusi tersebut kenalah mematuhinya. AJK setiap institusi berkenaan kenalah menyampaikan dan menjelaskan maksud tersurat dan tersirat FATWA itu kepada seluruh anak-anak qariah masing-masing.

Tanpa menyampaikan FATWA tersebut, mungkin boleh dikira sebagai termasuk dalam kategori mendusta. Samada kerana menafikan tentang kewujudan FATWA tersebut, ataupun menafikan keabsahannya sebagai sebuah FATWA yang sah disisi syariat. Ada ayat Quran yang melarang umat Islam daripada mentaati pendusta. QS68 A8

Biarlah aku bersangka positif

Berdasarkan pemerhatian aku, bukan AJK Qariah Masjid kampung aku tu saja yang tak faham konsep FATWA. Masjid-masjid lain pun ada yang sama juga. Sebab tak fahamlah maka depa ingat kuasa majoriti boleh membatalkan sesebuah FATWA.

Majoriti ikut definasi depa pula, ialah majoriti undi dalam Mesyuarat Agong Qariah saja. Kalau majoriti daripada seluruh daripada jumlah bilangan anak-anak qariah agak munasabahlah juga. Tapi kalau yang hadir dalam mesyuarat tersebut majoritnya adalah orang-orang kuat Pengerusi, maka sudah tentulah keputusan yang dicapai akan berpihak kepada kehendak Pengerusi.

Mungkin juga majoriti besar daripada seluruh anak-anak qariah sokong perjuangan aku daripada kehendak Pengerusi dan AJK Qariah. Malah jika aku diberi peluang menerangkan tentang FATWA itu sebelum pengundian dijalankan dalam Mesyuarat itu, besar kemungkinan majoriti daripada yang hadir mesyuarat pagi tu, menerima FATWA, bukan sebaliknya.

Malangnya, majoriti yang telah mengundi dalam mesyuarat itu adalah berfahaman salah tentang FATWA. Bagi depa, setiap FATWA itu tertakluk kepada keputusan AJK Qariah Masjid berkenaan, samada ia nak diterima pakai ataupun tidak. Malah ia juga dianggap tertakluk kepada prosidur undang-undang dimana FATWA yang sudah diwartakan (di-gazzet) baru dikira sah.

Sedangkan pada hakikat yang sebenarnya, samada FATWA berkenaan sudah di-gazzet ataupun belum, ia tetap wajib dipatuhi oleh umat Islam di dalam negari atau jajahan berkenaan. Mencabar FATWA adalah berDOSA walaupun dengan cara menyanggahnya maupun mengabaikannya.

FATWA selaras dgn kanon kesiksaan

Seyugia ditegaskan bahawa,

Sabariah isteri yg solehah

Sabar dan suka mengalah

Yg diminta suami adalah KOPI, tapi yg disediakan isteri TEH O

(Tarikh: 2026.05.18 – Isnin)

Sebuah CEREKANA

Assalamualaikum w.w. ❗

🇲🇾 Di dalam sebuah kampung ada seorang janda muda bernama Sabariah. Nasib Sabariah pada pandangan umum adalah kurang baik. Jodohnya tak kekal lama. Baru beberapa bulan saja berkahwin dengan suaminya yang pertama, suami yang sangat dicintainya itu meninggal akibat kemalangan. Begitu juga dengan suaminya yang kedua.

Namun, dengan perkahwinannya buat kali yang ketiga, Sabariah mendapat suami yang hidup lama. Suaminya yang ketiga itu digelar “Lebai Songkok Hitam” (LSH) oleh anak-anak kampung tersebut. Bagi LSH, perkahwinannya dengan Sabariah juga merupakan perkahwinannya yang ketiga.

LSH terkenal sebagai seorang yang sangat panas baran. Kerana tak tahan dengan panas barannya itu, maka isteri pertamanya menuntut cerai darinya beberapa bulan saja selepas mereka menikah. Maka hiduplah LSH selepas penceraian itu, dengan membujang selama beberapa tahun.

Kemudian LSH menikah pula dengan seorang andartu sebagai isteri keduanya. Isteri keduanya itu agak tua dan lebih matang daripada isteri pertamanya dahulu. Mungkin kerana itu, maka perkahwinannya itu dapat kekal lama sikit daripada dahulu. Namun begitu, tak sampai dua tahun kemudian bercerai juga mereka. Puncanya adalah sama. Yakni isterinya yang kedua itu pun mendakwa tak tahan dengan sifat panas baran LSH tu.

Pernikahan yang bahagia

Yang amat mengkagumkan anak-anak kampung tersebut, ialah tentang pernikahan LSH buat kali yang ketiga. Mereka melihat LSH sentiasa ceria bersama isterinya itu. Ini tanda beliau bahagia dengan perkahwinan tersebut. Berbagai-bagai hipotisis pun dicadangkan bagi menjustifikasi punca kebahagiaan LSH suami isteri itu.

Ada yang kata, ia kerana faktor umur. Bila semakin tua maka panas baran LSH akan semakin reda. Ini membuat isteri ketiganya itu tidak merasa stress sepertimana isteri-isteri LSH yang terdahulu. Maka dengan sebab itu, jodoh LSH dengan isterinya yang ketiga itu dapat bertahan lama.

Ada pula yang kata, ia sebab isteri ketiga LSH itu telah bejaya memberi santau kepada suaminya itu. Kesan daripada santau tersebut maka LSH tak reti langsung nak marah kepada si isterinya itu. Bila dah tak pernah kena marah, maka isteri mana pun akan dapat hidup aman damai dengan si suaminya.

Ada juga penganalis yang mendakwa bahwa pasangan LSH dan Sabariah dapat kekal lama kerana anak-anak mereka. Kononnya anak-anak boleh membuat seorang isteri itu sanggup mengorbankan kebahgian dan kebebasan dirinya sendiri, demi kebajikan anak-anaknya di masa hadapan.

Dengan lain-lain perkataan, si isteri sanggup memperhambakan dirinya kepada si suami yang zalim asalkan tidak diceraikan. Namun, setelah anak-anak sudah dewasa, maka barulah si isteri akan menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada suaminya itu. Ketika itu barulah beliau berani menuntut cerai daripada suaminya itu. Ini dilakukan demi membebaskan dirinya daripada kezaliman dan kekejaman suaminya itu, yang dialaminya sejak baru menikah dahulu.

Faktor sebenar buat jodoh berpanjangan
Selain daripada hipotisis-hipotisis di atas, sebab yang paling berkesan ialah sikap isteri yang solehah. Dengan penuh sabar, segala kerenah si suami yang panas baran itu berjaya ditangani si isteri dengan penuh hikmah.

Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat. Begitulah juga kisah yang disampaikan kepada kita melalui video di atas.

Dalam video itu kita sama-sama menyaksikan terlatah Lebai Songkok Hitam (LSH). Kerana asyik mentelaah kitab-kitab, maka LSH tidak ada masa untuk menyediakan minuman panas walaupun untuk dirinya sendiri.

Mujur juga LSH itu mempunyai seorang isteri yang solehah. Isterinya itu sanggup melayani apa juga kehendak beliau. Oleh sebab itu LSH tidak teragak-agak langsung nak menyuruh isterinya menyediakan kopi untuknya. Ini kerana, isterinya itu pasti akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan hasrat suaminya itu dengan sebaik yang mungkin.

Apabila tersalah atau pun tersilap si isteri akan segera memohon maaf. Kemudian akan membetulkan kesalahannya itu dengan sabar. Mungkin kerana beliau sangat penyabar maka masyarakat menggelarinya “Sabariah“.

Sikap kebanyakan isteri tidak sama dengan Sabariah, isteri LSH itu. Ada isteri yang suka melengah-lengahkan arahan suami dengan memberi alasan “sebok” dan sebagainya. Malah ada juga isteri yang suka mengelat daripada menunaikan suruhan si suami dengan berbagai-bagai muslihat.

Bahkan ada yang berkata, “awak yang nak minum kopi tu, pi buatlah sendiri. Tak kan kopi pun saya juga yang kena buat kot !”. Agaknya, bagi isteri yang macam ni, beliau merasa terhina jika mematuhi suruhan suami dalam hal-hal yang suaminya itu boleh buat sendiri.

Ada juga si isteri yang membalas suruhan suami itu dengan memberi alasan yang pelbagai. Pokoknya ialah kerana beliau tidak fahami akan tuntutan syariat. Dalam hukum syariat, menunaikan suruhan suaminya adalah wajib bagi seorang isterinya. Ianya wajib selagi mana suruhan tersebut tidak haram di sisi syarak.

Hatta nak berpuasa sunat pun si isteri kena mendapat izin daripada suaminya terlebih- dahulu. Adakah membuat kopi untuk suami itu sesuatu yang dilarang oleh hukum syarak ?

The moral of the story

Isteri merupakan faktor yang dominan dalam menentukan kebahgiaan sesebuah rumah tangga. Justeru itu jadilah seorang isteri yang solehah, bagi seorang isteri. Dan bagi seorang suami pula, carilah seorang wanita yang solehah sebagai isteri.

Wallahua’lam 🌺🌲


https://www.facebook.com/share/v/1Ze5TD45CL/

PenCERAHan yg relevan 👇

Carilah keredhaan suami https://shalleducate.wordpress.com/2021/11/16/carilah-keredhaan-suami/

Suami yg penyayang https://shalleducate.wordpress.com/2022/10/05/suami-yg-penyayang/

Beberapa faktor kebahgiaan https://shalleducate.wordpress.com/2022/09/11/beberapa-faktor-kebahgian/

Mak ayah adalah prioriti https://shalleducate.wordpress.com/2022/04/18/mak-ayah-adalah-prioriti/

Isteri: betapa bernilainya ia https://beappreciative.wordpress.com/2018/10/14/isteri-betapa-bernilainya-ia/

Anak ku bila ayah tua nanti.. https://beappreciative.wordpress.com/2021/03/31/anakku-bila-ayah-tua-nanti/

Nilai hubungan posotif https://shalleducate.wordpress.com/2022/05/08/nilai-hubungan-positif/

PenCERAHan yg popular ⬇️

PMx: derhaka & cabul Perlembagaan Negara??? https://cerekana.wordpress.com/2024/12/17/pmx-derhaka-cabul-perlembagaan-negara/

Madani: cabuli prinsip Rukun Negara ???https://cerekana.wordpress.com/2024/12/10/madani-cabuli-prinsip-rukun-negara/

PMx: tata keloloh bukan kelola https://cerekana.wordpress.com/2024/12/15/pmx-tata-keloloh-bukan-kelola/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

“penghasut” insaf pohon maaf https://cerekana.wordpress.com/2024/12/08/penghasut-insaf-pohon-maaf/

Demi maruah keluarga dan diri https://cerekana.wordpress.com/2024/12/06/demi-maruah-keluarga-diri/

PRU15: SPR & SPRM perlu siasat. https://cerekana.wordpress.com/2024/12/03/pru15-sprsprm-perlu-siasat/

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com