Zalim atas warga TG

Babi adalah najis yang paling berat mengikut hukum Islam. Justeru itu setiap Muslim wajib perihatin terhadap babi dan unsur-unsurnya.

(Tanggal 2026.10.26 – Isnin)

🇲🇾 A s s a l a m u a l a i k u m ‼️

Video-video di atas bukannya mendedahkan satu isu yang baharu. Dah lama dah isu ini didedahkan.  Tapi seolah-olah tidak ada apa-apa tindakan positif pun daripada mana-mana pihak yang relevan.

Malah Acik telah menulis PenCERAHan mengenai isu ini pada 2024.10.28 lagi, dalam blog Acik seperti berikut:

Malangnya ia telah dinyahkan daripada blog Acik itu oleh tangan ghaib. Jadi, tak bolehlah ia dibaca lagi. Bukan saja oleh rakyat Malaysia, bahkan oleh penulisnya.

Isu babi di T.Gelugor PP
https://shalleducate.wordpress.com/2024/10/28/isu-babi-di-t-gelugor-pp/

“Masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri”.  Itulah peribahasa Melayu yang menggambarkan betapa tidak pedulinya pihak-pihak yang berkewajipan. Walaupun mereka telah mendengar bantahan terhadap ladang babi di Tasek Gelugor (TG) tapi tak ada tindakan yang signifiken dilakukan.

Justeru itu, setiap warga TG wajar memberi sokongan padu kepada mereka yang sedang berusaha menyelesaikan isu ini. Terutamanya oleh umat Islam yang tinggal di lokasi yang menerima kesan negatif, akibat daripada kewujudan ladang babi berkenaan.

Mudharat yg dialami warga TG

Non Muslim tidak prihatin dengan isu babi mungkin kerana mereka jahil tentang ajaran Islam. Kalau mereka tidak jahil, tentu mereka dapat menghayati (appreciate) sensitiviti umat Islam terhadap babi. Maka babi tidaklah terus menjadi isu yang berpanjangan seolah-olah tidak ada kesudahan.

Oleh kerana itu eloklah mereka (non Muslim) diberi penjelasan yang cukup tentang status babi (dan anjing) berdasarkan hukum Islam. Berikut adalah sedikit keterangan tentang babi yang Acik petik dari applikasi chatGPT.

Seyugia ditegaskan bahawa, babi dan unsur-unsurnya merupakan perkara yang sangat sensitif bagi setiap Muslim. Oleh sebab itu, di Malaysia sangat susah untuk melihat seorang Muslim memakan daging babi. Walaupun ada yang sanggup meminum arak, namun daging babi mereka tak sanggup makan.

Begitu juga dengan makanan yang mengandungi unsur-unsur babi. Misalnya, seorang Muslim tak akan sanggup memakan sesuatu jika beliau  tahu bahawa dalamnya itu mengandungi geletin daripada babi.

C & P

Perkara yg Non Muslim wajar peka

Setelah menahami status babi berdasarkan ajaran Islam, maka orang bukan Muslim patut menghormati sensitiviti umat Islam dalam isu babi. Misalnya, mereka tidaklah lagi menghidangkan makanan yang mengandungi unsur-unsur babi, kepada orang Islam.

Begitulah juga, non Muslim tidak wajar memelihara babi di kawasan yang berdekatan dengan kampung-kampung Melayu. Apa lagi mendesak kerajaan supaya membenarkan pelaksanaan projek penternakan babi secara besar-besaran di kawasan yang di duduki oleh orang Melayu (Islam) sejak berabad-abad.

Wallahua’lam 🇲🇾⏰

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Isu babi di T.Gelugor PP
https://shalleducate.wordpress.com/2024/10/28/isu-babi-di-t-gelugor-pp/

(Nota: PenCERAHan di atas telah dihapuskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan)

BABI cetuskan trajegi ⁉️
https://cerekana.wordpress.com/2026/01/28/abi-cetuskan-trajedi-%e2%81%89%ef%b8%8f/

BABI beri betis nak paha ⁉️
https://cerekana.wordpress.com/2026/01/19/abi-beri-betis-nak-paha-%e2%81%89%ef%b8%8f/

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

PMx perlu berjiwa besar
https://racismblog2.wordpress.com/2025/08/14/pmx-perlu-berjiwa-besar/

Kerja sia-sia bahkan berdosa
https://imamlazim.com/2026/10/16/kerja-sia-sia-bahkan-berdosa/

PRU16 yg segera baik utk negara
https://racismblog2.wordpress.com/2025/09/12/pru16-yg-segera-baik-utk-negara/

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Kerja sia-sia, bahkan berdosa

Segala kerja baik disuruh oleh Allah. Tapi yg mensyirikkanNya sama sekali ditegah. Justeru itu, wajiblah bertaubat sebelum terlambat (mati). Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima taubat.

(Tanggal 2026.10.16 – Jumaat)

🇲🇾 A s s a l a m u a l a i k u m   wbt ❗

Sesuatu itu dinilai oleh Allah S.W.T itu adalah berdasarkan dua perkara. Pertama niat. Ke-dua hukum yang ditetapkan keatas perkara tersebut.

Contohnya niat berpuasa sunat. Maka berpuasa yang dilakukan itu adalah baik disisi Allah. Tanpa niat maka sia-sialah puasa itu kerana tidak berpahala. Namun, ibadat puasa itu dilarang melakukannya pada hari-hari tertentu. Misalnya pada hari Raya Puasa (Aidulfitri) dan hari Raya Haji (Aiduladhar).

Jadi, ibadat puasa (berpahala) yang baik itu menjadi sebaliknya (berdosa) jika dikerjakan pada hari-hari raya tersebut.  Begitulah jua dengan kerja-kerja lain yang baik sifatnya, tapi ditegah Allah keatas umat Islam daripada melakukannya.

Aktiviti kebajikan seperti yang diviralkan melalui video di atas itu adalah termasuk kerja-kerja yang ditegah Allah. Umat Islam yang melakukannya adalah atas sebab kejahilan. Kalau tidak jahil maka adalah kufur (engkar) kepada Allah.

Antara jahil dan kufur

Jahil bererti tiada pengetahuan tentang sesuatu. Ataupun pengetahuan berkenaan sesuatu itu adalah salah. Kalau tiada ada langsung pengetahuan mengenai perkara itu, ia dikatakan jahil basik. Tapi kalau pengetahuan mengenai perkara itu salah, maka ia adalah jahil murakap.

Satu contoh, si jahil basik ialah ia yang tidak tahu bahawa sungai itu ada penjaganya. Manakala si jahil murakap pula, ialah ia yang mendakwa bahawa yang menjaga sungai ialah Jabatan Pertanian.

Mujurlah kalau seseorang individu itu si jahil basik. Kerana, beliau mudah menerima pengetahuan yang baru baginya tentang sesuatu. Sebaliknya si jahil murakap pula ialah ia yang agak susah menerima teguran daripada pihak yang cuba membetulkan pengetahuannya atau pemahamannya yang salah itu.

Berkaitan dengan Muslim yang terlibat dengan aktiviti mencuci kuil Hindu yang diviralkan melalui video di atas, mujur-mujur semuanya adalah jahil basik. Maksud Acik ialah mereka tidak (belum) tahu bahawa “kebaikan” yang mereka lakukan itu ada hukum negatifnya disisi agama Islam.

Bagi mereka yang jahil basik itu, mudah saja solusinya. Yakni, menyesal melakukan “kebajikan” tersebut setelah ditegori dan bertaubat nasuha. Manakala bagi yang jahil murakap solusinya agak rumit. Maklum sajalah, sejak sekian lama mereka yakin penuh bahawa apa yang mereka  lakukan itu adalah “kebajikan” yang digalakkan keatas umat Islam sejagat.

Namun, kumpulan yang lebih teruk adakah Muslim yang kufur. Yakin yang tahu bahawa Islam melarang umatnya terlibat dengan aktiviti berkenaan, tapi masih juga melakukannya. Sedang kesalahannya itu menyebabkan dosa besar  yang tidak diampunkan Allah melainkan dengan bertaubat. Nauzubillah !!.

Reaksi ‘alim ulama Msia

Video berikut adalah reaksi salah seorang daripada ulama-ulama Malaysia terhadap aktiviti membersih kuil Hindu berkenaan. Semoga nasihat beliau itu difahami dan diterimapakai oleh umat Islam di Malaysia amnya. Dan khususnya oleh semua individu yang berkenaan, demi keselamatan diri masing-masing daripada api neraka, di Akhirat nanti.

Wallahua’lam 🏵️⏰

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: muhibah atau akidah !
https://daulatmsians.wordpress.com/2023/02/06/agama-muhibbah-atau-akidah/

Pulang kepadaNya
https://imamlazim.com/2026/10/14/pulang-kepadanya/

Masjid wajib patuhi fatwa
https://beimamlazim.wordpress.com/2026/02/04/masjid-wajib-patuhi-fatwa-2/

PenCERAHan yg popular ⬇️

Teknologi Ai
https://shalled.wordpress.com/2026/10/12/teknologi-ai/

PRU16 yg segera baik utk negara
https://racismblog2.wordpress.com/2025/09/12/pru16-yg-segera-baik-utk-negara/

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Pulang kepadaNya

Dunia tempat kita menumpang. Akhirat jua tempat kita pulang. Namun, Dunia ini tersangat penting. Kerana, di sinilah tempat kita mengumpul pahala dan dosa utk dibawa pulang ke Akhirat sana.

(Tanggal 2026.10.15 – Khamis)

C & P 

Video lagu Ai : Lirik ciptaan OP Anas Abd Jalil, Demi Negara.

[Verse 1]
Telah jauh kaki melangkah
Mengejar sesuatu yang ku tak punya
Ku cari jawaban di luar sana
Ternyata sunyi menyimpan segalanya

Pernah ku lari dari luka
Pernah ku sembunyi dari kecewa
Namun semakin jauh ku berjalan
Semakin dekat aku pada kesunyian

[Pre-Chorus]
Dan perlahan aku mengerti
Tak semua yang pergi harus kembali
Ada kehilangan yang Tuhan beri
Agar hati belajar mencari

[Chorus]
Aku pulang kepada diri
Menyusuri luka yang pernah ku pendam
Aku tenang dalam sunyi
Mendengar suara hati yang lama terdiam

Jika perjalanan ini panjang
Biar aku melangkah perlahan
Kerana di setiap jalan yang ku lalui
Ada kedamaian yang kutemui

[Verse 2]
Perpisahan bukan selalu kehilangan
Kadang ia sebuah pembebasan
Dari perasan yang terlalu menggenggam
Dari masa lalu yang enggan tenggelam

Aku kini belajar menerima
Segala yang tak mampu ku ubah
Yang telah pergi, biarlah pergi
Yang tersisa, ku jaga seutuhnya

[Pre-Chorus]
Dan perlahan aku mengerti
Luka pun punya bahasa sendiri
Mungkin Tuhan sedang menguji diri
Agar kesunyian kembali terisi

[Chorus]
Aku pulang kepada diri
Menyusuri luka yang pernah ku pendam
Aku tenang dalam sunyi
Mendengar suara hati yang lama terdiam

Jika perjalanan ini panjang
Biar aku melangkah perlahan
Kerana di setiap jalan yang ku lalui
Ada kedamaian yang kutemui

[Bridge]
Tak perlu lagi aku berlari
Tak perlu dikejar dunia yang pergi
Jika semua akhirnya kembali
Tak perlu takut untuk sendiri

Dalam diam aku berserah
Dalam luka aku belajar pasrah
Dan bila tiada lagi yang ku genggam
Hanya nama mu Tuhan

[Final Chorus]
Aku pulang kepada diri
Menerima segala yang pernah terjadi
Aku pulang kepada sunyi
Dan menemukan-Mu di dalam sepi

Jika perjalanan ini panjang
Biarlah langkahku perlahan
Kerana setiap jatuh dan kehilangan
Membawaku semakin dekat kepada-Mu, Tuhan

[Outro]
Pulang kepada diri…
Pulang dalam sunyi…
Dan setelah semua ini…
Aku pulang kepada-Mu Tuhan

Wallahua’lam 🇲🇾🌸

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Teknologi Ai https://shalled.wordpress.com/2026/10/12/teknologi-ai/

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Jimatilah air wudhu’ !

Video di atas itu sebagai HIASAN sahaja. i.e. tidak relevan dgn isu yg dibincangkan dlm PenCERAHan ini. (Ia dirakam dari Masjid Terapung di Tanjung Bungah, Pulau Mutiara)

(Tanggal 2026.09.27- Ahad)

🇲🇾 Selepas menonton video di atas, kita patut sedar betapa besarnya nilai air. Air diperlukan bukan saja oleh manusia dan haiwan, tetapi juga oleh tumbuh-tumbuhan. Dengan kata lain, tanpa air manusia, haiwan dan pokok tidak akan dapat hidup. Lihatlah betapa susahnya mendapatkan air di negara yang ditunjukkan dalam video di atas.

Walaupun negara kita (Malaysia) mewah dengan air, namun air yang sampai ke rumah kita bukannya percuma. Sebaliknya ia melibatkan berbagai-bagai kos. Ini termasuklah kos pembersihan dan rawatan air itu sebelum ianya sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan sistem pengagihan air tersebut ke rumah-rumah kita. Ia juga melibatkan kos, bukannya percuma ya.

Justeru itu, Allah menyuruh kita menghargai air dengan sewajarnya. Dengan kata lain, kita dilarang daripada membazir air. Walau untuk berwudhu’ sekali pun kita masih disuruh menjimatkan air. Bahkan, Allah menjanjikan pahala bagi setiap kita yang melakukan penjimatan tersebut.

Daripada hadith di atas kita boleh kiaskan dengan pembaziran yang sering kita lakukan keatas air setiap hari. Kalau untuk berwudhu’ pun kita dilarang daripada membazir air, betapa pula untuk penggunaan lain.

Malangnya larangan keatas pembaziran air nampaknya tidak cukup berkesan terhadap majoriti umat Islam. Akibatnya, pembaziran air yang ketara terus dilakukan oleh umat Islam ketika berwudhu. Terutamanya di rumah-rumah Allah. Seolah-olah tak ada rasa bersalah apa-apa pun,  membazir air ketika berwudhu’.

Contoh kaedah larangan membazir air

Notis dlm video di bawah ini adalah baik. Ini kerana tujuannya untuk menasihati kita agar tidak membazir air ketika berwudhu’.  Ia sejajar dengan maksud hadith di atas yg menuntut supaya semua umat Islam mempraktikkannya.

Video di atas tu Acik rakam di sebuah masjid di Lembah Kelang. Soalan Acik ialah, setakat manakah keberkesanan notis tersebut ke atas umat Islam amnya dan jemaah masjid tersebut khususnya ⁉️

Pada pengamatan Acik, pembaziran air wudhu’ yang paling banyak berlaku ialah ketika pengambil wudhu’ sedang berkumur, membasuh muka, rambut dan telinga. Ketika ini air yang sedang memancut keluar dari kepala paip tersia-sia begitu sahaja. Yakni, air yang keluar itu tidak menyentuh langsung anggota wudhu’.

Oleh itu, di sini sukalah Acik cadangkan supaya bekas-bekas air disediakan bagi penggunaan pengambil wudhu’. Air yang nak digunakan untuk berwudhu’ hendaklah ditadah terlebih dahulu ke dalam bekas tersebut. Kemudian barulah air yang dalam bekas itu digunakan untuk membasuh anggota wudhu’. Bukannya air yang keluar secara direct daripada kepala paip.

Kalau tak mampu nak menyediakan bekas yang mahal, botol air mineral kosong pun jadilah. Contohnya seperti dalam gambar di atas. Tapi kalau bekas yang menarik yang disediakan, maka itu tentulah lebih baik. Mudah-mudahan ia akan membuat penggunanya tak lupa akan pengalamannya mengguna bekas tersebut.

.

Sekadar membasuh kaki, tak pa lah  jika tidak menggunakan bekas air pun.

Kaedah berwudhu’ dgn air kolah.

Bagi Acik, lebih baiklah jika masjid-masjid dan surau-surau ikut saja kaedah traditional, yakni sistem kolah. Sebagai contoh sistem kolah, ialah sepertimana yang dipasang di Masjid Terapung, di Pulau Mutiara itu.  Sila rujuk gambar di kaki PenCERAHan ini.

Wallahua’lam 🌺⏰

PenCERAHan yg relevan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Ini ialah sistem kolah yg dipraktikkan di Masjid Terapung, Tanjung Bungah, Pulau Mutiara (Pinang). Sistem ini menjmatkan air wudhu’ dgn sangat ketara.

Senandung hidup

Layarilah kehidupan dgn penuh ketabahan dan kesabaran, kerana hidup itu adalah perjuangan.

(Tanggal 2026.09.07 – Isnin)

C & P 

RenunganMalam 408

🌒 — Jangan Terlalu Keras kepada Diri Sendiri

Ada kalanya kita kecewa kepada diri sendiri.

  • Merasa kurang rajin.
  • Merasa terlalu banyak melakukan kesalahan.
  • Merasa tertinggal dari orang lain.

Melihat pencapaian orang lain lalu membandingkannya dengan kehidupan kita sendiri.

Akhirnya kita lupa bahwa setiap orang memiliki perjalanan yang berbeda.

  • Allah tidak meminta kita menjadi seperti orang lain.
  • Allah meminta kita terus berusaha menjadi pribadi yang lebih baik.
  • Kalau hari ini Anda melakukan kesalahan, perbaiki.
  • Kalau hari ini Anda gagal, belajar.
  • Kalau hari ini Anda belum mencapai target, evaluasi.

Tetapi jangan berhenti hanya karena Anda kecewa kepada diri sendiri.

Jangan jadikan satu kegagalan sebagai alasan untuk menganggap seluruh perjalanan Anda gagal.

  • Masih ada hari esok.
  • Masih ada kesempatan untuk mencoba lagi.
  • Masih ada waktu untuk memperbaiki diri.

Malam ini, berhentilah sejenak dari membandingkan diri dengan orang lain.

Lihat perjalanan Anda sendiri.

Mungkin Anda belum sampai di tempat yang diinginkan.

Tetapi bisa jadi Anda sudah jauh lebih baik dibandingkan diri Anda beberapa tahun yang lalu.

Syukuri kemajuan sekecil apa pun.

Lalu lanjutkan perjalanan.

Karena selama Anda masih mau belajar, memperbaiki diri, dan terus berjalan, perjalanan Anda belum selesai.

Sukasih
✍️ Komunitas QM

Wallahua’lam 🌺⏰

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

Do love our parents unconditionally …

before they cease to exist. Both of them do deserve love and respect from us endlessly, as we do from our children.

(Published 2026.09.01 – Tuesday)

Wise children could be an important factor that mends strong relationship between their parents. Whilst the unwise ones are catalyst of their breakage. Hence, either spouse should not seek support of any of their unwise children against another.

Wallahua’lam 🌺⏰

Main blog ⬇️ http://www.4uni2c.com

Cintailah ibumu dgn penuh ikhlas

yakni kerana Allah S.W.T. semata-mata, tak kira bila dan di mana.

(Tanggal 2026.08.03 – Isnin)

🇲🇾 Assalamualaikum w.w. ❗

Video di atas benar-benar memberi kesedaran kepada orang yang bermata hati dan berfikiran waras. Tak siapa pun boleh nafi betapa besarnya jasa ibunya kepada dirinya. Namun ramai anak-anak yang gagal menghargai. Apa lagi sentiasa berusaha membalasnya.

Jika nak dibandingkan jasa ibu seekor haiwan dengan jasa ibu seorang insan, maka perbezaannya adalah amat jauh sekali. Ia ibarat bumi dengan bulan, bahkan lebih daripada demikian. Ini kerana, menjaga anak seorang manusia amatlah kompleks berbanding dengan anak seekor haiwan.

Anak seekor haiwan mungkin telah boleh berlari selepas dilahirkan baru beberapa hari. Namun, anak seorang insan memerlukan puluhan bulan baru boleh berjalan. Apa lagi nak pandai berdikari dan mencari makan sendiri. Ini biasanya mengambil pula masa belasan atau puluhan tahun lamanya

Wallahua’lam 🌺⏰

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Bersyukur itu resipi kebahagiaan

banyak bersyukur akan membantu seseorang itu mencapai sifat “qanaah”

(Tarikh 2026.06.21- Ahad)

Jika sekiranya majoriti besar manusia memiliki sifat qanaah, nescaya dunia ini akan menjadi mewah dan aman sepanjang zaman. Kata peribahasa Inggeris, “everything is sufficient for the needy, but not for the greedy” .

Maknanya ialah, jika sekadar bagi memenuhi keperluan sebenar manusia saja, kuantiti yang Allah sediakan bagi setiap benda memang mencukupi. Namun, yang menyebabkan ia menjadi tak cukup ialah kerana adanya manusia yang bersifat tamak (greedy).

Pembaziran adalah berpunca daripada sifat tamak haloba tersebut.  Sedangkan pembazir itu adalah kawan syaitan. Oleh yang demikian, cara nak menjauhkan diri daripada syaitan ialah dengan menjauhi pembaziran. Dan cara nak menjauhi diri daripada pembaziran ialah dengan mempraktikkan sikap “QANAAH” dan banyak bersyukur.

Wallahua’lam 🌺🇲🇾

.

Blog utama : http://www.4uni2c.com

.

Manifestasi FATWA didusta

Subuh masuk pukul 5:51 pagi. SPIKAR luar masjid baru berhenti drpd berbunyi lepas jam 6:30 pagi. Waktu mana jiran² masjid dpt solat fardu Subuh di rumah masing² tanpa diganggu oleh SPIKAR yg disalahguna itu ⁉️

(Tarikh 2026.05.23 – Sabtu)

Assalamualaikum w.w.

Aku bukanlah individu yang ‘alim. Tapi taklah sampai tak mampu nak memahami prinsip² penting dalam hidup di negeri sendiri. Prinsip yang paling asas dalam hidup ialah “JANGAN menyusahkan sesiapa”. Lebih-lebih lagi menyusahkan orang yang sedang beribadat.

Video di atas membuktikan bahawa pihak masjid telah menyusahkan aku sebagai salah seorang daripada anak-anak qariahnya. Sebab apa aku kata begitu ?  Sebab, bunyi SPIKAR masjid itu, menyusahkan aku untuk mendapat khusyu‘ dalam solat-solat aku di rumah sendiri.

Aku yakin bahawa selain daripada aku ada lagi anak-anak qariah lain yang juga turut merasai sama macam apa yang aku rasai. Cuma depa malas saja kot nak bersuara. Mungkin juga depa lebih rela “suffer in silence” daripada tewas dalam menegakkan keadilan. Itu hak masing-masing. Tak perlu pun aku nak pertikaikan.

Untuk makluman hangpa semua, hari Ahad yang baru lepas (2026.05.17), aku sampai lewat di masjid itu bagi menghadiri Mesyuarat Agong Qariah. Kebetulan masa aku sampai ke mesyuarat itu, depa baru nak putuskan samada SPIKAR luar masjid nak dihadkan bagi AZAN dan IQAMAH saja ataupun tidak. Keputusan yang nak dibuat itu adalah berdasarkan undi majoriti dalam mesyuarat tersebut nanti.

Bagi aku, itu satu penyalahgunaan mesyuarat oleh AJK Qariah Masjid. Lalu aku pun cepat-cepat mencelah. Aku minta sikit masa untuk menjelaskan sikit tentang FATWA mengenai penggunaan SPIKAR luar di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang.

Bukan saja permintaan aku itu dikeciwakan, malah aku diheret keluar dari dewan masjid dimana mesyuarat itu diadakan. Kata orang, aku ni ibarat,  “sudah jatuh, ditimpa tangga”. Kalau sampai macam tu sekali semangat AJK nak mempertahankan aktiviti dakwah tradisional depa itu, tak berbaloi aku nak bertengkar dengan depa. Jadi, aku pun balik ke rumah dengan berlapang dada.

Tak rugi juga aku hadir dalam Mesyuarat Agong Qariah Masjid pagi itu. Walaupun aku TAK dibenarkan bercakap apa-apa pun, namun sekurang-kurang aku dapat juga “wangpau” berikut :

Dulu-dulu, mana dapat wangpau di mana-mana mesyuarat NGO. Lebih-lebih lagi di mesyuarat Qariah Masjid. Yang bagi wangpau hanya di mesyuarat-mesyuarat koperasi saja.

Tujuannya hanya sebagai SUBSIDI kepada kos perjalanan ahli-ahli yang tinggal jauh daripada lokasi mesyuarat. Entahlah kot budaya baru dalam era Madani ini, semua mesyuarat bagi SUBSIDI. Ada ramai kot anak-anak qariah yang tinggal di Alok Setaq hadir dalam mesyuarat pagi tu, wallahua’lam.

FATWA wajib dipatuhi.

Sebenarnya, apa yang aku cuba nak cakap dalam Mesyuarat Agong Qariah pada Ahad lepas tu ialah tentang video berikut.

Bagi aku, kalau dah ada FATWA yang melarang penggunaan SPIKAR luar di masjid-masjid dan surau-surau, maka setiap institusi Islam tersebut kenalah mematuhinya. AJK setiap institusi berkenaan kenalah menyampaikan dan menjelaskan maksud tersurat dan tersirat FATWA itu kepada seluruh anak-anak qariah masing-masing.

Tanpa menyampaikan FATWA tersebut, mungkin boleh dikira sebagai termasuk ke dalam kategori “mendusta”.  Samada kerana menafikan tentang kewujudan FATWA tersebut, ataupun menafikan keabsahannya sebagai sebuah FATWA yang sah disisi syariat. Ada ayat Quran yang melarang umat Islam daripada mentaati pendusta. QS: 68 A: 8

Biarlah aku bersangka positif

Berdasarkan pemerhatian aku, bukan AJK Qariah Masjid kampung aku tu saja yang tak faham konsep FATWA. Masjid-masjid lain pun ada juga yang sama macam tu. Sebab tak fahamlah maka depa ingat kuasa majoriti boleh membatalkan sesebuah FATWA.

Majoriti ikut definasi depa pula, ialah majoriti undi dalam Mesyuarat Agong Qariah itu. Kalau majoriti daripada seluruh jumlah bilangan anak-anak qariah agak munasabahlah juga. Tapi kalau takat majoriti dalam mesyuarat tersebut saja memang tak rasional. 

Kalau majoriti yang hadir mesyuarat pagi Ahad itu adalah orang kuat Pengerusi belaka, maka sudah tentulah keputusan yang dicapai akan berpihak kepada kehendak Pengerusi. Cuba buat pungutan suara terhadap seluruh anak-anak qariah termasuk non Muslim yangmana bunyi SPIKAR masjid boleh sampai ke rumah depa.

Aku yakin penuh bahawa, majoriti besar daripada seluruh anak-anak qariah itu lebih sokong FATWA daripada kehendak Pengerusi dan AJK Qariah. Malah jika aku diberi peluang menerangkan tentang FATWA itu sebelum pengundian dijalankan dalam Mesyuarat Agong Qariah pagi itu, aku YAKIN bahawa majoriti daripada yang hadir mesyuarat pagi tu pun akan menerima FATWA, bukan sebaliknya.

Malangnya, majoriti yang telah mengundi dalam mesyuarat itu adalah berfahaman salah tentang FATWA. Kerana tidak diberi keterangan yang jelas tentang FATWA maka depa ingat setiap FATWA itu tertakluk kepada keputusan AJK Qariah Masjid berkenaan. Kalau ia diluluskan oleh AJk Masjid maka barulah ia sah untuk diterima pakai. Malah ia juga dianggap tertakluk kepada prosidur undang-undang dimana FATWA dianggap tidak laku (illegitimate) selagi tidak diwartakan (di-gazzet).

Sedangkan pada hakikat sebenarnya, samada FATWA berkenaan sudah di-gazzet ataupun belum, ia tetap wajib dipatuhi oleh umat Islam di dalam negari atau jajahan berkenaan. Mencabar FATWA adalah berDOSA walaupun dengan cara menyanggahnya maupun mengabaikannya.

FATWA selaras dgn kanon kesiksaan

Seyugia ditegaskan bahawa, FATWA itu tidak bercanggah dengan seksyen 268 & 290 Kanon Kesiksaan. Kanon itu melarang daripada mengganggu ketenteraman awam. Malah sebaliknya FATWA itu mewajibkan umat Islam mematuhi kanon tersebut. FATWA yang melarang penggunaan SPIKAR luar di masjid dan surau itu adalah sangat objektif. Oleh itu memahaminya sangatlah mudah. Begitulah juga mematuhinya.

Aku sangat hairan mengapa ada masjid dan surau yang merasa seolah-olah tidak mematuhi FATWA itu adalah lebih selamat daripada mematuhinya. Adakah kerana bimbang akan hilang jawatan jika mamatuhi FATWA itu. Tapi Aku rasa, realitinya ialah sebaliknya. Anak-anak qariah akan menolak AJK bila depa dapat tahu nanti bahawa AJK telah mendustakan FATWA.

Fatwa memperbaiki imej Islam

Aku penuh yakin bahawa, non Muslim (orang belum Islam) akan lebih tertarik kepada Islam jika hidup mereka tak diganggu oleh aktiviti-aktiviti umat Islam. Sedangkan apa yang dipraktikkan oleh umat Islam itu tak semuanya patuh syarie.

Penyalahgunaan SPIKAR luar masjid selain untuk AZAN dan IQAMAH adalah antara perbuatan yang tidak patuh syarie. Perlakuan yang tidak patuh syarie bukan saja berDOSA malah tidak mambawa berkat. Ia juga mengundang FITNAH dari non Muslim terhadap Agama Islam, bukan saja terhadap depa yang mempraktikkan Islam secara salah itu.

Wallahua’lam 🇲🇾📚

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

.