Cintailah ibumu dgn penuh ikhlas

yakni kerana Allah S.W.T. semata-mata, tak kira bila dan di mana.

(Tanggal 2026.08.03 – Isnin)

🇲🇾 Assalamualaikum w.w. ❗

Video di atas benar-benar memberi kesedaran kepada orang yang bermata hati dan berfikiran waras. Tak siapa pun boleh nafi betapa besarnya jasa ibunya kepada dirinya. Namun ramai anak-anak yang gagal menghargai. Apa lagi sentiasa berusaha membalasnya.

Jika nak dibandingkan jasa ibu seekor haiwan dengan jasa ibu seorang insan, maka perbezaannya adalah amat jauh sekali. Ia ibarat bumi dengan bulan, bahkan lebih daripada demikian. Ini kerana, menjaga anak seorang manusia amatlah kompleks berbanding dengan anak seekor haiwan.

Anak seekor haiwan mungkin telah boleh berlari selepas dilahirkan baru beberapa hari. Namun, anak seorang insan memerlukan puluhan bulan baru boleh berjalan. Apa lagi nak pandai berdikari dan mencari makan sendiri. Ini biasanya mengambil pula masa belasan atau puluhan tahun lamanya

Wallahua’lam 🌺⏰

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment