Bersyukur itu resipi kebahagiaan

banyak bersyukur akan membantu seseorang itu mencapai sifat “qanaah”

(Tarikh 2026.06.21- Ahad)

Jika sekiranya majoriti besar manusia memiliki sifat qanaah, nescaya dunia ini akan menjadi mewah dan aman sepanjang zaman. Kata peribahasa Inggeris, “everything is sufficient for the needy, but not for the greedy” .

Maknanya ialah, jika sekadar bagi memenuhi keperluan sebenar manusia saja, kuantiti yang Allah sediakan bagi setiap benda memang mencukupi. Namun, yang menyebabkan ia menjadi tak cukup ialah kerana adanya manusia yang bersifat tamak (greedy).

Pembaziran adalah berpunca daripada sifat tamak haloba tersebut.  Sedangkan pembazir itu adalah kawan syaitan. Oleh yang demikian, cara nak menjauhkan diri daripada syaitan ialah dengan menjauhi pembaziran. Dan cara nak menjauhi diri daripada pembaziran ialah dengan mempraktikkan sikap “QANAAH” dan banyak bersyukur.

Wallahua’lam 🌺🇲🇾

.

Blog utama : http://www.4uni2c.com

.

Leave a comment